KEPATOGENAN VIRUS HEPATITIS E
HEV boleh mengubah morfologi pada hati yang menyerupai hepatitis kolestatik atau hepatitis akut.
Virus Hepatitis E (HEV) selalunya dipindahkan melalui saluran mulut ke dubur daripada air yang tercemar.
Virus Hepatitis E ini juga mampu memanipulasi sel hati manusia termasuklah dengan menyebabkan pelbagai sindrom saraf dan kecederaan buah pinggang.
Jangkitan HEV selalunya adalah penyakit yang bersifat akut terbatas individu yang mengakibatkan kegagalan hati fulminan tetapi dalam negara-negara membangun, HEV boleh menyebabkan jangkitan yang kronik melalui penghasilan sirosis kepada penerima organ cedung, pesakit yang mempunyai kemalignan hematologi yang sedang menjalankan kemoterapi dan mereka yang mempunyai HIV.
Banyak wabak penyakit telah berlaku yang disebabkan oleh air terutama sekali di tempat-tempat atau Negara yang sedang membangun.
Pemindahan virus melalui sentuhan antara seseorang dengan seorang yang lain jarang berlaku.
Selain itu, HEV juga boleh dipindahkan melalui ibu mengandung yang dijangkiti virus ini kepada kandungannya dan boleh menyebabkan kematian prenatal atau keguguran fetus.
Namun begitu, virus boleh juga dipindahkan melalui pemindahan darah, khususnya di kawasan endemik.
Patogenesis virus hepatitis E yang membawa kepada hepatitis fulminan kebiasaannya terjadi kepada lelaki dan perempuan yang menghidap penyakit hati kronik dan wanita mengandung.
Kepatogenan sesuatu virus adalah keupayaan sesuatu virus tersebut untuk menjangkiti sel perumah dan menyebabkan penyakit timbul melalui proses patogenesis.