GENOM VIRUS HEPATITIS E
Rajah 1 : Jenis-jenis partikel virion HEV
Rajah 2 : Klasifikasi empat genotip utama HEV
*Genotip HEV yang dikenalpasti dengan baik terdiri daripada genotip 1-4, genotip selebihnya masih belum diketahui jujukan genom yang lengkap.
Rajah 3 : Genom HEV
-
Genom HEV terdiri daripada satu bebenang tunggal, molekul RNA positif dan bersaiz 7.2kb
​
-
5’ akhir genomik RNA ditutup dengan 7-methylguanosine (7 mG), manakala 3' akhir ditutup dengan “polyadenylated” (poly-A tail)
​
-
Genomik RNA mengandungi 3 rangka bacaan terbuka (ORF).
​
-
ORF1 mengkodkan protein bukan struktur, ORF2 mengkodkan protein teras yang membentuk kapsid dan ORF3 penting untuk pembebasan virus dan ia juga mengkodkan multifungsi protein kecil.
​
-
Protein ORF2 dan ORF3 diterjemahkan dari satu mRNA tunggal, “bicistronic”.
​
-
Terletak berhampiran dengan 5' akhir, ORF1 mengkodkan poliprotein bukan struktur dengan pelbagai domain berfungsi, termasuk untuk metilltransferase, protease, helicase, dan polimerase.
​
-
Protein kapsid virus dikodkan oleh ORF2 berhampiran 3' akhir.
​
-
ORF3, yang sebahagiannya bertindih dengan 2 ORFs lain, mengkodkan untuk protein imunogenik yang masih belum diketahui fungsinya.
​
-
ORF3 mengkodkan 113 atau 114 asid amino phosphoprotein, bergantung kepada genotip tersebut.
​
-
Protein kapsid ORF2, HEV-protein kapsid (HEV-CP), mengandungi sejumlah 660 residu asid amino.
​
-
Di terminal-N HEV-CP ialah peptida isyarat diikuti oleh domain yang kaya dengan arginin yang berpotensi memainkan peranan dalam pengekstrakan RNA virus semasa pemasangan berlaku.
​
-
HEV-CP adalah antigen utama yang merangsang tindak balas imun hos. Kini 6 domain antigen telah dikenalpasti.
​
-
Satu tapak peneutralan telah dipetakan ke rantau polipeptida antara asid amino 452 dan 617.
​
-
ORF yang baru, ORF4, baru-baru ini ditemui dalam kawasan pengekodan ORF1, tetapi hanya terhad kepada genotip 1 HEV.